Wednesday, April 30, 2025

Kelisa 850: LED air-cond panel tidak menyala

 satu LED tidak menyala. mungkin perlu tukar, mungkin sudah terbakar.

saya ada mentol lama Perodua, rasanya masih boleh guna.

mula-mula bukak dua skru pada dashboard. tarik sikit sebab dashboard ada klip.

kemudian bukak skru pada aircond panel, sepatutnya ada 3 skru.

tekan panel ke dalam dan ke bawah.akan nampak dua set dua wayar hitam. dengan menganggap anda berada di hadapan bonet, pulaskan anti-clockwise untuk cabut soket lampu/LED.

tukarkan lampu, hidupkan dashboard untuk pastikan mentol/ LED hidup.


masukkan soket ke tempat asal,dengan menganggap anda berada di hadapan bonet,  pulas clockwise untuk lock soket lampu/ LED


sudah kong LED ini yang dibeli pada Januari 2022. 

lampu asal standard Kelisa adalah mentol halogen T5 bersalut getah hijau. 

anda boleh dapatkan LED dengan warna lebih fancy di shopee atau lazada. ada pelbagai warna.

boleh search " LED for Kelisa / Kenari / Kembara aircond panel"

".


Tuesday, April 22, 2025

Kelisa 850: efficiency check

 397km / 24.14 liter = 16.45 km/ liter

boleh percayakah ini, too good.