Monday, December 27, 2021

Kelisa 850: tukar air filter

 Lama dah tak tukar air filter , kali terakhir mungkin pada 16 Nov 2019 dengan harga RM15 dibeli di kedai spare part, repair aircond beberapa kali sebelum ini pun rasanya pomen tak tukar air filter.

RM11.50 dari Lazada 






Saturday, December 25, 2021

Rusa 1.3EX : tukar wiper dan windshield washer fluid

memandangkan wiper rusa pun dah lama tak tukar, saya tukar juga dengan Silicone Wiper yang sama dengan kelisa. produk yang sama tapi brand lain.

RM13 untuk Dua batang, 18 inci dan 16 inci di Lazada.

kata orang, silicone wiper ni burbunyi berbanding wiper getah (rubber).

wallahua'lam, itu citarasa masing-masing.



saya beli juga Windshield Washer Fluid 2 botol, satu untuk rusa dan satu untuk kelisa.



Tuesday, December 21, 2021

Kelisa 850: lampu signal hadapan kiri

 Apabila memberi lampu isyarat membelok, dan bunyi denyutan/kerlipan/ tempo lebih laju daripada yang biasa, maka lazimnya ada lampu signal yang bermasalah atau tidak menyala. 

(kalau bulb atau wiring tiada masalah, maka diodnya ada masalah )

Ada enam lampu signal iaitu dua pada bumper depan, dua pada fender sisi dan dua pada bumper belakang. 

Hasil siasatan, didapati lampu signal kiri hadapan tidak menyala.

Langkah pertama ialah mengumpil casing lampu daripada bumper untuk melihat keadaan mentol.

Untuk mengumpil casing ke luar,masukkan screw driver dari bawah bumper dan tuil ke hadapan. Anda mungkin perlukan lampu suluh. Lihat foto di bawah untuk lokasi lubang. Lubang yang satu lagi tu pun boleh juga rasanya.


Saya umpil juga lampu signal di sebelah  kanan untuk ujian dan bandingan. Mentol sebelah kiri didapati menyala apabila dipasang di sebelah  kanan. ini bermakna mentol ini tiada masalah.

Adakah current tidak sampai ke mentol? Saya cuba pindahkan set casing Sebelah kanan ke Sebelah kiri, mentol didapati menyala. Ini bermakna current boleh sampai ke mentol. Nampaknya ada yang tidak kena pada sambungan set mentol (wayar hijau-putih) atau perumah mentol .

 

Bahagian dalam perumah mentol ini kelihatan basah dan berlumut/ teroksida. Saya jemur dan keringkan , kemudian bersihkan kesan kesan oksida. Mungkin masalah connection/short circuit sahaja, mungkin ada logam yang gagal menyentuh Terminal mentol dengan baik.

Setelah dibersihkan, mentol didapati menyala.

Casing lampu ini ada rekahan/ lubang. Air hujan boleh masuk Dan mengganggu  litar. Untuk beli baharu, memakan sekitar RM20-25.



Saya cuma gunakan sisa Selleys Knead It yang ada di rumah untuk menampal lubang dan rekahan. Mengapa saya perlu habiskan RM20 untuk masalah yang boleh diselesaikan dengan kos sifar? Cuma nammpak tak berapa segak sahaja, namun masih dapat berfngsi dengan baik sebagai lampu signal.





Wednesday, December 15, 2021

Kelisa 850: tukar wiper

 Lama dah rasanya tak tukar, getah wiper pun dah pecah.

Cuba tukar sendiri, alhamdulillah, senang saja , tak sampai 5 minit dah siap. boleh rujuk youtube.

Wiper Kelisa ialah saiz 18 inci dan 16 inci.

Cuba cari klip atau lock untuk unlock wiper lama. Kemudian cuma masukkan wiper baharu dan lock.

Harap-harap wiper ni boleh bertahan lama.

Wiper yang saya beli bernama Mugan, tetapi yang sampai ialah Iron-King. Wiper ini dijual dengan pelbagai jenama  di shopee. Produk yang sama, tapi kotak lain-lain.




Tuesday, September 7, 2021

Rusa 1.3EX : tukar bateri

 Kali ini kita cuba NS60L-ST MF Amaron Go pada harga RM230. Warranty 18 bulan.

Bateri asal ialah GS MF. (pasang pada 1 Jun 2019. Sudah 2 tahun lebih.....berbaloi juga ).





Tuesday, August 17, 2021

Kelisa 850: to Ampang

 


hujan lebat mungkin di seluruh negara.

melihat dua kemalangan dalam perjalanan pulang ke utara.

tika hujan lebat bawak seratus lebih undang bahaya

hanya Pencipta Langit yang dapat pelihara daripada petaka.

Thursday, July 22, 2021

Kelisa 850: servis ke-51 : tukar minyak hitam

 meter : 302 000 km

next : 307 000 km


beli shopee : 65.80 termasuk postage

Monday, May 3, 2021

Kelisa 850: tukar blower motor, cuci cooling coil, expansion valve

 Tukar compressor pada 30 April 2021, tapi tak sejuk jugak.

Setelah cuci coling coil, baharulah terasa sejuk. Tak pastilah sama ada compressor hari itu betul betul rosak ataupun tidak. Kita percaya sahaja cakap pomen. Kata orang , hanya jauhari mengenal manikam.

Expansion Valve 90.00

Blower motor 190.00

Service cooling coil 40.00

Labor charge to remove dashboard 100.00

Total cost : RM420



initial blow= angin yang mula mula keluar dari corong perlulah bawah 10 darjah, baharulah orang belakang terasa sejuk. Kalau tidak , kesejukan hanyalah kepada pilot dan co-pilot.


Friday, April 30, 2021

Kelisa 850 : tukar steering rack + compressor aircond

 ini adalah kali kedua tukar steering rack, kali pertama ialah pada Disember 2015. sudah lima tahun lebih.

Steering rack (RM310)

Steering rack bush (RM20)

Aircond vacuum+compressor oil+gas (RM90)

Compressor (RM580)

Labour (RM50)


Aircond masih tidak sejuk walaupun sudah tukar compressor. Pertama kali tukar compressor ialah pada July 2015. Ini tukaran kedua pada 2021. Maknanya boleh guna 5-6 tahun.


Thursday, April 8, 2021

Kelisa 850: tukar ekzos

exhaust patah di sambungan ke balang.
tukar balang baru RM200.

Saturday, April 3, 2021

Kelisa 850 : servis air cond

condenser chemical cleaning --RM40 
aircond treatment ----------------RM35 
aircond gas topup ----------------RM30

 total RM105, tapi tak sejuk jugak. 

pomen kata kena buat major, dalam RM1200 macam tu.
 kena tukar compressor, condenser dan cooling coil. wallahu a'lam.

Thursday, March 11, 2021

Kelisa 850. : Servis ke 50


 Current mileage: 296,000km

Next engine oil change : 303,000km

Next gear oil : 330,000km

Next spark plugs:325,000km

Hantar ke kedai untuk servis minyak hitam sebab saya malas: 

Perodua semi sintetik 5w-40 + oil filter: 130

Gear oil 2 liter: 38

Spark plugs 3 pcs: 38

Reverse lamp bulb: 5

Total: RM 211.


Lama tak hantar ke kedai, harga servis minyak hitam sungguh menakjubkan saya. Lain kali nak beli shopee saja lah.