Saturday, October 12, 2019

Kelisa 850 - interior light bulb / cabin lamp

lampu dalam kabin sekejap menyala, sekejap padam.
bukan masalah filamen putus, tapi kopiah logam pada hujungnya telah lekang.
ini menyebabkan sambungan yang tidak baik dengan filamen, menyebabkan ia kadang kala dapat menyala, kadang-kala tidak.

panjang bulb kelisa adalah sama dengan rusa, iaitu 31mm.



saya ingin cuba lampu LED yang kononnya lebih terang.
saya beli di shopee:  https://shopee.com.my/product/12164601/372519898
ini adalah lampu dengan 12 butir LED.



ternyata ia lebih terang daripada lampu asal yang kuning tu.



lampu ini ada hujung negatif -positifnya. pastikan hujungnya betul ketika memasang, jika tidak, ia tidak akan menyala ( mungkin akan keluar bunga api).

banyak pilihan di shopee untuk lampu yang lebih terang dan lebih murah, cuma pastikan anda memilih saiz yang betul. rajin-rajinlah membelek.

selepas ini, saya mungkin mencuba yang ini pula: https://shopee.com.my/Cob-indoor-light-Festoon-T10-W5W-BA9S-Car-lighting-i.45650219.1795203199

https://shopee.com.my/1pc%E3%80%91Car-Interior-LED-Lamp-Package-Kit-T10-31mm-41mm-Light-Bulb-Indoor-light-i.45650219.1427474259


ulasan terhadap lampu LED kabin.
https://bestheadlightbulbs.com/best-led-interior-car-lights/

Friday, October 4, 2019

Kelisa 850 : fog light / lampu kecil

lampu kecil ialah lampu yang terletak di sebelah lampu besar/ head lamp.

T10, 12V5W
beli di kedai spare part RM1 x pc.

untuk menukarnya mudah sahaja.
pulas soketnya ke arah lawan jam.
soket akan tercabut.
cabut dengan kuat bulb yang rosak.
masukkan bulb baru.
masukkan soket ke dalam lubangnya.
pulas soket ke arah pusingan jam.
siap.

Kelisa 850 - trunk lid garnish chrome

saya punya dah patah. alhamdulillah clip pin masih ada di garnish yang patah., empat skru masih tinggal di body.

saya sudah tanya banyak kedai spare part, tapi tidak ada yang jual tailgate garnish.

beli di shopee RM24+postage=RM34. warna chrome, plain, tanpa logo perodua.

ia tidak didatangkan skru dan clip pin, oleh itu, jangan buang skru dan clip pin asal.

garnish asal untuk kelisa 850 - 2004 adalah berwarna hitam.

untuk tukar garnish , mula -mula bukak bonet, biarkan ia terangkat ke atas.
ada beberapa skru, buka satu persatu.
kelihatan ada dua skru berwasher hitam.
washer tu sebenarnya clip pin untuk pegang inner plate supaya plate tidak jatuh setelah skru habis dibuka semuanya.
tarik atau tuil inner plate dengan skru driver untuk pisahkan plate dari bonet.

akan nampak empat skru dan nat yang memegang garnish, dan ada dua lubang kosong untuk clip pin.
buka nat untuk keluarkan skru.
pasang empat skru tadi dan dua clip pin pada garnish.
saya gunakan double side tape untuk tetapkan skru pada garnish, ini untuk memudahkan memasukkan skru ke dalam lubang.
setelah masukkan skru dan clip pin ke dalam lubang-lubangnya, ketatkan dari dalam.
kemudian pasang semula inner plate.


Wednesday, October 2, 2019

Kelisa 850 - licence plate lamp housing and T10 bulb

lampu plate belakang ada dua.
satu lampu kaki patah.
satu lampu kaki patah dan cover tercabut.
dua-dua bulb kong.

apabila kaki patah, housingnya mudah terkeluar dari bonet, dan akan terkulai.
tiada masalah kalau garnish masih ada, ia cuma akan terkulai di dalam garnish dan boleh dimasukkan semula ke dalam lubangnya.

masalah saya ialah garnish pun patah.

beli housing di kedai spare part;
housing RM9 x 2pc.
bulb RM1 x 2pc.



bulb yang digunakan adalah T10 iaitu sama dengan bulb fog light iaitu lampu kecil di sebelah lampu besar (headlamp).

lampu plate kurang penting bagi pemanduan, tetapi penting kepada kereta di belakang kita.
nanti bila-bila nak cuba lampu LED pula :