MF MFX 60L ( 55B24L) RM200 selepas tolak bateri lama
voltage menururun ketika sedang memandu, dari 12v ke 7v.
lampu padam ketika sedang bergerak, mujur enjin masih hidup sehingga sampai ke surau.
aku biarkan enjin melahu dengan harapan bateri akan dicaj semula.
selepas tarawih, enjin mati dan bateri kong.
sama ada bateri atau alternator bermasalah.
keesokan harinya, cuba jumpstart , enjin boleh hidup tapi mati bila tiada sambungan ke bateri, bermakna alternator bermasalah.
walaubagaimanapun, tanpa bateri yang sihat, tidak akan dapat bergerak ke mana-mana. paling tidak perlu bergerak ke kedai pomen.
umur bateripun telah mencecah satu setengah tahun.
mungkin sudah tiba masanya menukar baru.
aku ke kedai untuk dapatkan bateri baru.
rupanya bateri ni ada kepala (terminal) kecil dan kepala besar.
kalau beli kepala kecil, ada disertakan adaptor untuk membesarkan kepalanya.
MF MFX 60L ( 55B24L) adalah berkepala kecil.
semasa memasang bateri, aku mendapati wayar di terminal alternator telah putus.
rasa-rasanya inilah puncanya, bateri mungkin masih elok lagi.
kes begini aku dah kena sebelum ini.
tukar bateri baru, tapi enjin masih suka mati, rupanya wiring alternator bermasalah.
bawa ke kedai A, katanya tak boleh buka wayar di terminal alternator tu, nat dah ketat, kalau cuba juga, terminal akan patah, perlu tukar alternator baru (recon), harga lebih kurang RM200.
sudah nak waktu buka puasa, jadi aku balik rumah dulu, nak cuba buka guna WD40 dulu.
keesokan harinya, aku sembur WD40, memang agak sukar untuk membukanya. nat tidak boleh dibuka melainkan dipisahkan wayar yang ada.
bawa ke kedai B, potong wayar , pasang klip baru. kos RM10.