Saturday, June 29, 2013

Kelisa 850 - Servis ketiga puluh tujuh - 180, 000KM

Kelisa Servis Ketiga puluh tujuh -180, 000KM
Mileage reading : 196, 000KM

pada kali yang lalu, saya menghadapi masalah leaking minyak enjin pada valve cover serta enjin semput.
saya telah menambah minyak enjin kerana mendapati ia berkurangan. pomen mengesyaki meinyak enjin yang berlebihan telah menyebabkan overflow dan melimpah ke spark plug. oleh itu, mereka telah mengurangkan minyak enjin dan menukar spark plug.

hasilnya, kejadian semput berkurangan.

kali ini saya menghadapi masalah enjin rasa kurang pickup dan timing rendah, semput kadang kadang terjadi.

kali ini, menurut pomen, valve cover perlu ditukar seketul untuk kelisa, kerana plug seal dirivet terus dan tidak boleh ditukar.

kelisa menggunakan sistem fuel injection.

Valve Cover -----------------------210 (bulan lepas aku tanya pomen cakap lebih kurang 150)
Valve pipe --------------------------10 (ini pomen yang rosakkan semasa nak masukkkan balik pipe tu)
Plug coil denso ---------------------120 (ini yang menyebabkan semput kerana hanya 2 piston sahaja yang berfungsi akibat kerosakan plug coil)

engine oil mineral + oil filter + service throttle body---70
(kalau tukar minyak enjin sendiri mungkin baru RM49 )
Total-------------------------------RM410.

Next service : 201, 000KM