Saturday, June 14, 2025

Kelisa 850: cabin light / interior light

 pada 13 Oktober 2019, saya telah menukar mentol asal Kelisa (berwarna kuning) kepada lampu LED . lampu ini mengandungi 12 LED. di dapati dua daripadanya sudah padam, dan satu memudar.maksudnya hanya 9 LED sahaja yang berfungsi dengan sempurna. Terasa ruang kabin sedikit malap pada malam apabila menyalakan lampu kabin.

Walaubagaimanapun, saya ada satu lagi lampu LED mudahalih di ruang pemandu.

Oleh kerana lampu LED murah sahaja, maka saya mendapatkan lampu LED berikut di shopee.

Lampu kabin untuk kelisa dan Rusa adalah yang bersaiz 31mm (30mm, 29mm pun boleh masuk).




lampu kabin pada kali ini mengandungi 21 LED. secara teorinya, sepatutnya lebih terang daripada yang sebelum ini ( 12 LED).

usia lampu asal : 15 tahun ( 2004 - 2019 )

usia lampu 12 LED : 6 tahun ( 2019 - 2025)

kita perhatikan berapakah usia lampu LED 21 unit ini. (masih berbaki 2 biji ). beli 3 biji sebab ada diskaun.


No comments:

Post a Comment