Friday, May 30, 2025

Rusa 1.3EX : tukar alternator

 masalah headlamp, dashboard panel, dan lampu belakang tidak menyala.

hantar kepada pomen, dikatakan perlu tukar alternator kerana tidak mengecas dengan baik, bermain sekitar 7 volt. 

menghairankan , kerana saya tiada masalah ketika memandu ke sana sini. mungkin tamat riwayatnya di bengkel ? 

RM230.00

masalah lampu besar masih tidak diketahui punca. semua fius di fusebox menyala, tetapi beberapa wayar yang menghala ke steering tidak mengandungi api.


Rusa 1.3EX : pesanan untuk overheat

 Penyakit van rusa....kena buat head semula tapi selalunya akan jadi semula.kalau boleh

1.radiator asal 1 layer tukar pada yg jenis 2 layer
2.sistem penyejukan buat overhaul...tukaq getah2 yg dah keras dan berkerak...thermostat kalau dah lama tukaq juga.jangan buang terus.kalau ada pomen kata kena buang, tu pomen tak pandai
3.kipas radiator ada clutch, dalam dia ada minyak...kalau minyak tu dah habis@dah kurang...kipas tu akan pusing juga tapi tak cukup laju.
4.buat flushing guna mesin bagi keluaq karat2 dalam radiator dan dalam enjin
5.guna coolant yg elok sikitlah...van nak guna lama...nak berbakti pada kita
6.waterpump pun kalau dah lama tukaqlah...bukan mahal sangat pun...😊
Sekian tips dari saya..dengan van rusa ni sejak 2004 lagi...susah senang dgn saya.walau dah ada 4 lagi kereta...yg ni saya sangat2 sayang...jaga enjin senyap...original semua...buat tuning setahun sekali.aircond sejuk tahap eskimo.walaupun skrg buat pi pasar beli ikan...still maintain...😊

Thursday, May 29, 2025

Monday, May 26, 2025

Kelisa 850 : tukar air filter, air-cond cabin filter

 kali terakhir tukar air filter ialah pada : 25 April 2024.

tukar kali ini dengan harga RM15.00



kali terakhir tukar cabin filter ialah pada : 25 April 2024, pada harga bawah RM10.

harga cabin filter kali ini ialah RM12.00, sebenarnya boleh dapat dengan harga sekitar RM7.00-8.00 di shopee (filter sahaja & sudah termasuk postage). RM5 boleh diguna untuk anak sekolah.


rasanya bagus jika tukar cabin filter setiap 3 bulan atau 6 bulan.

next,  kita cuba tukar air filter dan cabin filter ketika menukar minyak hitam.

Saturday, May 24, 2025

Kelisa 850 : tukar karpet baru

 


karpet petak 5pcs berharga RM30 di lazada. rekabentuk universal daripada Thailand. boleh muat Kelisa walaupun tak berapa ngam potongannya daripada karpet asal. bahagian bawahnya adalah lapisan anti-slip berduri.


Friday, May 16, 2025

Kelisa 850: efficiency check

 373 km / 27.50 liter = 13.56 km / liter 

473 km / 33.31 liter = 14.20 km / liter

Friday, May 9, 2025

Kelisa 850 : lampu depan melebur

 terasa kurang sinaran pada waktu malam, mungkin kerana kotor , maka saya mengelap lampu. didapati bahagian yang bersinar ada leburan. saya mengesyaki ini adalah kerana kedudukan mentol yang tidak berada tepat pada tempatnya. kelihatan mentol tidak dikunci, maka ini boleh menyebabkan mentol terbuai ketika kereta dipandu. terlalu hampir pada bahagian plastik mungkin telah menyebabkan bahagian tersebut melebur kerana haba daripada mentol.

perlu buka bateri untuk operasi ini, kerana ruang yang sempit untuk bekerja. kalau lampu bahagian kanan, ada banyak ruang. lampu bahagian kiri terhalang oleh bateri.

pengajarannya, perlu periksa juga lampu selepas dihantar pomen. boleh jadi gegaran ketika mereka menurunkan enjin minggu lalu menyebabkan mentol tercabut dari tempatnya ? 


sekarang, Alhamdulillah, sinaran lampu pada malam hari lebih terarah.

Thursday, May 8, 2025

Tuesday, May 6, 2025

Kelisa 850 : steering rack, lower arm, clutch set, gear oil

 pada awalnya, hendak menukar steering rack dan lower arm sahaja, tetapi ada kawan yang mencadangkan supaya menukar clutch juga sebab rasa sudah seperti hampir habis.

ini adalah kali ketiga menukar steering rack. kali kedua ialah pada 30 April 2021. maknanya, sudah empat tahun berlalu.

menukar clutch perlu menurunkan enjin, maka akan memakan sedikit kos. alang-alang perlu tinggalkan kereta, maka saya membuat keputusan untuk tukar clutch juga.

hasilnya, beberapa masalah lain juga ditemukan dan menambah lagi kos. Anggaran awal ialah sekitar 600-700, tetapi telah bertambah sekali ganda menjadi 1360.

o-ring oil filter 

bush stabilizer : 20

absorber mounting : 50

water jacket : 10

steering rack : 220

clutch bearing : 60

clutch set : 220

gear oil : 50

driveshaft seal

flywheel oil seal :50

lower arm ( right): 60

steering rack bush : 20

service charge: 600

oleh kerana telah mengganti o-ring oil filter, kita berharap minyak hitam akan kekal banyak sehingga meter ke 5000. sebelum ini, minyak hitam akan menyusut teruk pada meter ke 3000.


meter sekarang ialah :  380, 100  , rancangan asal next change : 395,907

sepatutnya belum sampai masa untuk tukar gear oil, tetapi pomen telah menukarnya, maka next gear oil kita set pada 400,000.